Membeli motor terpakai boleh jadi satu pilihan yang bijak, terutamanya jika anda mahu jimat kos atau baru belajar menunggang motosikal. Tapi, ia juga datang dengan risiko tersendiri. Kalau tidak teliti, anda mungkin terbeli motor yang banyak masalah. Jadi, apa yang perlu diperiksa sebelum beli motor second hand? Artikel ini akan bantu anda buat keputusan yang lebih yakin.
Kenapa Pilih Motor Terpakai?
- Harga Lebih Murah: Motor terpakai jauh lebih murah berbanding motor baru.
- Susut Nilai Lebih Perlahan: Motor baru cepat susut nilai, tapi motor terpakai lebih stabil dari segi harga.
- Sesuai untuk Penunggang Baru: Kalau baru belajar bawa motor, motor second hand lebih menjimatkan jika berlaku kecuaian.

Risiko Beli Motor Terpakai
- Masalah Mekanikal Tersembunyi: Ada kerosakan yang tak nampak secara luaran.
- Tiada Waranti: Motor second hand biasanya dijual dalam keadaan “as-is”.
- Kemungkinan Motor Curian: Kalau tak berhati-hati, anda mungkin terbeli motor curi atau yang telah diubah suai nombor casis.
Apa Perlu Diperiksa Sebelum Beli
- Rekod Servis & Penyelenggaraan
- Tanyakan rekod penyelenggaraan untuk tahu keadaan sebenar motor.
2. Keadaan Enjin
- Periksa kebocoran, bunyi pelik, dan sama ada enjin mudah dihidupkan.
3. Nombor Casis & Cukai Jalan
- Pastikan nombor enjin dan casis padan dengan geran.
- Semak cukai jalan dan insurans sama ada masih aktif atau tamat tempoh.
4. Rangka & Badan Motor
- Periksa tanda kemalangan seperti cat tidak sekata atau panel tidak selari.
5. Tayar & Sistem Brek
- Tayar haus dan brek rosak boleh jadi risiko keselamatan dan memerlukan kos tambahan.
6. Uji Pandu (Jika Dibolehkan)
- Rasai sendiri prestasi motor dari segi cengkaman klac, brek, dan kawalan.
7. Bandingkan Harga
- Semak harga model sama di pasaran untuk elak terlebih bayar.

Senarai Semak Sebelum Sahkan Pembelian
- Geran asal kenderaan
- Cukai jalan & insurans terkini
- Kad pengenalan penjual
- Resit atau surat perjanjian jual beli

Beli motor terpakai memang berbaloi jika anda tahu apa yang perlu diperiksa. Jangan terburu-buru. Buat semakan dengan teliti dan kalau boleh, bawa rakan yang berpengalaman. Sama ada untuk kegunaan harian atau nak berjimat, motor teprakai boleh jadi pilihan tepat. Asalkan tidak tersalah beli.
Masih ragu-ragu nak beli motor second hand? Datang ke bengkel kami, Super Motor Co. untuk khidmat nasihat dan pilihan motor terpakai yang dipercayai!

Leave A Comment