Beli motosikal terpakai merupakan perkara yang ramai individu mempertimbangkan kerana mereka sering menghadapi kekangan bajet. Walau bagaimanapun, kebimbangan sering timbul mengenai keadaan motosikal terpakai tersebut, terutamanya kerana pembeli tidak mengetahui sejarah tabiat pemanduan atau penyelenggaraan pemilik sebelumnya.
Secara asasnya, membeli motosikal terpakai boleh menjadi keputusan yang bijak jika anda tahu cara memilih dan membeli motosikal terpakai yang betul. Artikel ini akan memberikan panduan tentang faktor penting yang perlu dipertimbangkan semasa membeli motosikal terpakai. Ikuti tip berikut untuk membuat pilihan yang terbaik.
1) Pastikan Dokumen Pemilikan Motosikal Terpakai
Periksa sama ada motosikal terpakai yang anda ingin beli disertakan dengan geran motor. Dokumen ini sangat penting kerana mengandungi maklumat seperti:
- Nombor Enjin
- Nombor Casis
- Model
- Kelas Penggunaan
Selain itu, dokumen ini mengesahkan bahawa semua bayaran penting seperti cukai jalan dilangsaikan. Ia juga melindungi anda daripada membeli motosikal curi tanpa sedar.
2) Periksa Paras Minyak Enjin
Sebelum membuat pembelian, semak paras minyak enjin motosikal tersebut. Paras minyak yang terlalu tinggi boleh menyembunyikan bunyi enjin asal yang mungkin kasar, sekaligus menyukarkan anda mengenal pasti masalah pada enjin.
3) Perhatikan Jarak Mileage
Jarak mileage adalah petunjuk penting penggunaan motosikal. Jika motosikal baharu menunjukkan mileage yang tinggi, ini bermaksud ia sering digunakan oleh pemilik asal. Jarak mileage yang tinggi meningkatkan risiko kerosakan komponen motosikal, yang boleh membawa kepada kos pembaikan tambahan.
4) Periksa Bahagian Badan Motosikal
Lihat bahagian hadapan dan belakang motosikal untuk memastikan tayar sejajar. Jika tayar kelihatan tidak selari, ini mungkin menunjukkan motosikal pernah terlibat dalam kemalangan.
5) Periksa Tiub Fork dan Komponen Penting
- Tiub Fork: Pastikan tiada kesan minyak bocor pada tiub fork, kerana ini mungkin menandakan kerosakan cincin minyak.
- Swing Arm: Ayunkan swing arm ke kiri dan kanan untuk periksa kehausan bushing.
- Suspension: Pastikan suspension motosikal masih berfungsi dengan baik.
Jika tiub fork bengkok, ini mungkin menandakan motosikal pernah mengalami kemalangan.
6) Periksa Enjin Motosikal
Enjin ialah komponen terpenting untuk motosikal. Periksa kebocoran minyak atau keretakkan pada bahagian enjin yang boleh menyebabkan kerosakan serius. Selain itu:
- Hidupkan enjin dan dengar bunyi yang luar biasa.
- Perhatikan asap ekzos. Asap putih atau hitam mungkin menandakan masalah pada pembakaran enjin.
7) Pandu Uji Motosikal
Langkah ini amat penting untuk menilai prestasi motosikal. Semasa memandu uji:
- Periksa prestasi klac dan gear.
- Perhatikan jika motosikal condong ke kiri atau kanan.
- Uji keberkesanan brek.
- Pandu di jalan berbonggol untuk menilai kestabilan.
- Dengarkan bunyi luar biasa semasa pemanduan.
Pandu pada kelajuan 100-110km/j untuk mengenal pasti sebarang getaran yang kuat, kerana ini mungkin menandakan masalah pada enjin.
8) Pilih Motosikal Terpakai dengan Jaminan (Warranty)
Jika boleh, pilih motosikal terpakai yang disertakan dengan jaminan daripada pengedar. Jaminan ini memberikan perlindungan tambahan jika berlaku kerosakan dalam tempoh tertentu.
Semoga dengan panduan ini membantu anda membuat keputusan bijak dalam memilih motosikal terpakai yang terbaik. Untuk insurans mtotosikal yang berpatutan, kunjungi Super Motor Co. di No. 11, Jalan Kacung 1, SEDC Tampoi, Johor Bahru, Johor atau layari Facebook Super Motor untuk maklumat lanjut.
Pelaburan dalam keputusan yang bijak adalah langkah pertama untuk perjalanan yang lebih baik.
Leave A Comment