Musim hujan sering membawa risiko banjir yang boleh merosakkan kenderaan, termasuk motosikal. Ramai pemilik motosikal tertanya-tanya, adakah kerosakan motor kena banjir dilindungi oleh insurans? Dalam artikel ini akan menerangkan dengan lebih lanjur mengenai perlindungan insurans terhadap kerosakan akibat banjir.
Adakah Insurans Motor Melindungi Kerosakan Akibat Banjir?
Secara amnya, insurans motor biasa, sama ada third party atau comprehensive, tidak melindungi kerosakan akibat bencana alam seperti banjir. Untuk mendapatkan perlindungan terhadap kerosakan akibat banjir, pemilik motosikal perlu menambah perlindungan tambahan bencana alam atau dikenali sebagai perlindungan peril khas semasa memperbaharui polisi insurans mereka.
Apa Itu Perlindungan Peril Khas?
Perlindungan peril khas adalah tambahan kepada polisi insurans sedia ada yang melindungi kenderaan daripada kerosakan akibat bencana alam seperti:
- Banjir
- Tanah runtuh
- Ribut
- Gempa bumi
- Pokok tumbang
Dengan menambah perlindungan ini, pemilik motosikal boleh membuat tuntutan insurans jika kenderaan mereka rosak akibat bencana alam tanpa menanggung kos pembaikan sendiri.
Cara Menambah Perlindungan Peril Khas
Semasa memperbaharui insurans motosikal, pemilik kenderaan akan diberikan pilihan untuk menambah perlindungan tambahan seperti perlindungan peril khas. Penambahan perlungan ini biasanya melibatkan kos tambahan sekitar 0.5% daripada jumlah nilai diinsuranskan. Walaupun terdapat kos tambahan, ia memberikan ketenangan fikiran kepada pemilik motosikal terhadap risiko bencana alam.
Langkah-Langkah Membuat Tuntutan Insurans Akibat Banjir
Jika motosikal anda rosak akibat banjir dan anda mempunyai perlindungan peril khas, ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat tuntutan:
- Jangan hidupkan enjin motosikal yang telah terendam air untuk megelakkan kerosakan lebih teruk.
- Ambil gambar kerosakan motosikal sebagai bukti untuk tuntutan.
- Buat laporan polis dalam tempoh 48 jam selepas kejadian.
- Hubungi syarikat insurans anda untuk memaklumkan mengenai kejadian dan mendapatkan panduan lanjut.
- Hantar motosikal ke bengkel panel yang diluluskan oleh syarikat insurans untuk penilaian dan pembaikan.
Kerosakan motor kena banjir hanya dilindungi oleh insurans jika pemilik kenderaan telah menambah perlindungan peril khas dalam polisi mereka. Oleh itu, adalah penting untuk mempertimbangkan penambahan perlindungan ini semasa memperbaharui insurans, terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan berisiko banjir. Bagi penunggang motosikal yang ingin mengetahui bahawa polisi insurans mereka cover ke tidak boleh dapatkan servis daripada company kami untuk kami bantu anda dalam proses tuntutan insurans anda dengan cara tekan disini!
Dengan perlindungan yang sesuai, anda dapat mengurangkan beban kewangan sekiranya berlaku bencara alam yang tidak dijangka.
Bahan bacaan yang mungkin anda berminat:
Ekzos Motosikal Asap Putih? Ini Jawapannya!
Leave A Comment