Membeli motosikal baru adalah pengalaman yang mengujakan, namun ia juga memerlukan persiapan dari segi aksesori untuk memastikan keselamatan, keselesaan, dan prestasi motor. Aksesori penting ini wajib bila beli motosikal baru. Oleh itu, ia adalah pelaburan penting yang membantu pemilik menunggang dengan lebih selamat dan selesa. Dalam artikel ini, kita akan melihat beberapa aksesori yang disarankan untuk setiap pemilik motor baru.
1. Helmet Berkualiti
Helmet adalah aksesori paling asas dan penting dimiliki oleh setiap penunggang motosikal. Bila beli motor baru, pastikan helmet yang digunakan mempunyai pengiktirafan standard keselamatan iaitu SIRIM. Helmet berkualiti tinggi dapat melindungi keselamatan kepala dengan baik, mengurangkan risiko kecederaan semasa kemalangan, dan memberikan keselesaan tambahan. Boleh tekan sini untuk tengok model dan jenis helmet yang ada dipasaran.
2. Sarung Tangan (Glove)
Sarung tangan bukan sahaja memberi cengkaman yang lebih baik tetapi juga melindungi tangan daripada cuaca panas atau sejuk yang ekstrem. Selain itu, dengan menggunakan aksesori ini boleh mengelakkan melecet pada tapak tangan dan memastikan penunggang lebih fokus dan selesa semasa menunggang. Pilihlah sarung tangan yang diperbuat daripada bahan kalis air dan tahan lama.
3. Jaket Pelindung
Fungsi jaket pelindung berfungsi untuk melindungi tubuh dari kecederaan jika berlaku kemalangan. Jaket ini biasanya diperbuat daripada bahan tahan lasak dan mempunyai padding pada bahagian dada, bahu, dan siku. Sebagai pemilik motor, jaket pelindung wajib digunakan apabila menunggang motor untuk memastikan perlindungan serta memberi gaya yang lebih profesional.
4. Lock Motor
Kes kecurian motosikal juga semakin meningkat, jadi lock motor boleh menjadi pelindung tambahan bagi motor baru anda. Terdapat pelbagai jenis lock motor di pasaran yang boleh dipilih mengikut keperluan dan bajet. Lock motor ini aksesori utama bila beli motor baharu kerana ia melindungi motor anda daripada hilang. Tekan sini untuk tahu tips lain untuk pastikan motor anda dalam keadaan selamat dan sukar dicuri.
5. Top Box Motor
Bagi penunggang yang menggunakan motosikal untuk kegunaan harian, tempat letak barang atau box motor adalah aksesori yang sangat membantu untuk membawa barangan yang banyak. Ia membolehkan anda membawa barang seperti beg, jaket hujan, atau bekalan kecil dengan lebih mudah. Top box yang baik akan meningkatkan keselesaan dan merupakan aksesori wajib untuk pemilik motor baru.
6. Phone Holder
Phone holder adalah aksesori yang sangat membantu, terutama bagi penunggang yang sentiasa menggunakan waze atau google map semasa menunggang. Dengan adanya phone holder, anda boleh meletakkan telefon di phone holder dengan mudah tanpa perlu memegangnya. Ini adalah aksesori wajib bila beli motor baru, terutamanya untuk memudahkan penggunaan waze dan google maps atau menerima panggilan telefon tanpa menjejaskan keselamatan.
Mempunyai aksesori penting setelah membeli motor baru bukan sahaja meningkatkan keselamatan tetapi juga menambah keselesaan dan kepuasan apabila menunggang motosikal. Memilih aksesori yang sesuai dengan keperluan anda adalah satu pelaburan yang berbaloi untuk pengalaman tunggangan yang lebih baik. Pastikan aksesori yang dipilih memenuhi standard keselamatan dan sesuai dengan gaya hidup anda sebagai penunggang motorsikal.
Memilih aksesori wajib bila beli motor baru adalah langkah bijak untuk meningkatkan keselamatan, keselesaan, dan gaya menunggang anda. Pastikan setiap perjalanan menjadi lebih selamat dan menyeronokkan!
Leave A Comment