Bermula 10 Februari 2023, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan lesen memandu digital melalui aplikasi MyJPJ. Ramai rakyat Malaysia menyambut baik inisiatif ini kerana ia memudahkan urusan harian dan mengurangkan keperluan membawa dokumen fizikal. Namun begitu, masih ramai yang kurang jelas mengenai had penggunaannya dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi.

Apa Itu Lesen Digital?

Lesen memandu digital adalah versi dalam talian lesen fizikal yang boleh diakses melalui aplikasi MyJPJ. Ia memaparkan maklumat penting seperti:

  • Nama pemilik
  • Nombor kad pengenalan
  • Kelas lesen
  • Tarikh luput lesen

Lesen ini boleh digunakan untuk tujuan penguatkuasaan dalam negara, menggantikan keperluan membawa kad lesen fizikal semasa memandu.

Lesen Memandu Digital Malaysia

Siapa Yang Boleh Guna Lesen Digital?

Setakat ini, lesen digital hanya terpakai untuk warganegara Malaysia yang memandu dalam negara sahaja. Sekiranya anda merancang untuk memandu di luar negara, lesen fizikal masih diperlukan kerana negara lain tidak diwajibkan mengiktiraf lesen digital Malaysia.

Apa Kelebihan Lesen Digital?

  1. Mudah & Cepat – Hanya perlu buka aplikasi MyJPJ untuk tunjuk lesen.
  2. Mesra Alam – Kurangkan penggunaan kad plastik.
  3. Kemas Kini Automatik – Maklumat sentiasa dikemas kini secara langsung.

Kelemahan atau Kekurangan Lesen Digital

  1. Tidak Sah di Luar Negara – Lesen digital tidak diterima oleh negara lain, jadi lesen fizikal masih perlu simpan.
  2. Bergantung kepada Aplikasi & Internet – Sekirnaya aplikasi bermasalah atau tiada capaian internet, anda mungkin berdepan kesulitan.
  3. Wajib Log Masuk Aplikasi MyJPJ – Anda perlu pastikan aplikasi dikemas kini dan akaun aktif.

Lesen Digital Gantikan Lesen Fizikal?

Mengikut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, pemilikan kad fizikal bukan lagi satu kewajiban untuk pemilik lesen kompeten (CDL) dan kenderaan milik persendirian. Namun begitu, penggunaan lesen digital tidak diwajibkan, dan rakyat masih boleh memilih untuk memperbaharui lesen fizikal seperti biasa.

Lesen digital ini memberikan kemudahan kepada rakyat Malaysia, tetapi penggunaannya tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Ia sah untuk digunakan dalam negara sahaja, dan lesen fizikal masih diperlukan jika anda bercadang memandu di luar negara. Jadi, walaupun lesen digital menjimatkan masa dan ruang dompet, jangan abaikan keperluan membawa lesen fizikal bila perlu.

Ingin tahu lebih lanjut tentang penggunaan lesen digital atau ada masalah teknikal dengan aplikasi MyJPJ? Jangan segan untuk kunjungi bengkel kami.

Kami bukan sekadar baiki motor, kami juga bantu anda faham isu semasa dunia permotoran!