Cara Claim Insurans Selepas Kemalangan

Kemalangan boleh berlaku tanpa didua dan sering kali membuatkan kita panik. Salah satu tindakan penting selepas memastikan keselamatan adalah dengan claim insurans selepas accident.

Dalam artikel ini, anda akan pelajari langkah demi langkah supaya proses claim berjalan dengan lancar dan tanpa tekanan selepas kemalangan. Jika belum pasti jenis perlindungan motosikal yang sesuai untuk anda, boleh baca artikel ini: Motorcycle Insurance Policies and Providers

Cara Claim Insurans

Langkah 1: Bertenang dan Pastikan Keadaan Selamat

Pertama sekali, bertenang dan pastikan semua orang berada dalam keadaan selamat. Jika berlaku kecederaan, segera hubungi talian kecemasan 999.

Hidupkan lampu kecemasan (hazard light) dan sekiranya selamat, alihkan kenderaan ke tepi jalan untuk mengelakkan kemalangan lanjutan.

Ambil gambar tempat kejadian termasuk:

  • Kerosakan pada kenderaan
  • Keadaan jalan dan cuara
  • Tanda lalu lintas
  • Kecederaan (jika ada)

Gambar-gambar ini sangat penting untuk claim insurans. Sebagai contoh, jika motosikal anda terlibat dalam kemalangan besar,  boleh rujuk artikel ini: Involved in Motorcycle Accident? untuk panduan yang lebih terperinci.

Claim Insurans Selepas Kemalangan Bertenang dan Pastikan Keadaan Selamat

Langkah 2: Tukar Maklumat dengan Pihak Terlibat

Seterusnya, dapatkan dan berikan maklumat penting seperti:

  • Nama penuh dan nombor telefon
  • Nombor kad pengenalan/pasport
  • Nombor pendaftaran kenderaan
  • Nama syarikat insurans dan nombor polisi
  • Lesen memandu

Elakkan daripada menyalahkan sesiapa atau mengaku salah di tempat kejadian. Biarkan pihak berkuasa dan syarikat insurans menentukan siapa yang bertanggungjawab.

Sekiranya kemalangan berlaku akibat jalan berlubang, boleh rujuk artikel: Accidents Caused by Potholes

Claim Insurans Selepas Kemalangan Tukar Maklumat dengan Pihak Terlibat

Langkah 3: Buat Laporan Polis

Untuk membuat tuntutan insurans di Malaysia, laporan polis perlu dibuat dalam masa 24 jam selepas kemalangan. Laporan ini adalah dokumen untuk proses claim insurans selepas kemalangan. Bawa bersama:

  • Kad pengenalan
  • Lesen memandu
  • Gambar atau video tempat kejadian
  • Laporan perubatan (jika perubatan)

Polis akan menyediakan laporan kemalangan yang akan digunakan oleh pihak insurans. Untuk tahu proses yang lebih lengkap, boleh baca artikel ini: Langkah Lengkap Tuntut Insurans Motosikal di Malaysia.

Claim Insurans Selepas Kemalangan Buat Laporan Polis

Langkah 4: Hubungi Syarikat Insurans Anda Segera

Selepas itu, langkah seterusnya ialah menghubungi syarikat insurans secepat yang mungkin. Seeloknya dalam masa 24 jam selepas kemalangan. Kebanyakan syarikat insurans mempunyai talian bantuan 24 jam. Berikan maklumat lengkap dan ikut arahan yang diberikan.

Secara umumnya, anda perlu sediakan:

  • Salinan laporan polis
  • Gambar kemalangan
  • Borang tuntutan (Claim Form)
  • Laporan perubatan (Jika Ada)

Sesetengah syarikat mungkin meminta anda menghantar motosikal ke bengkel panel untuk pemeriksaan. Untuk pemahaman lebih lanjut tentang kepentingan dan prosedur, rujuk: Motorcycle Insurance Claim in Malaysia.

Claim Insurans Selepas Kemalangan Hubungi Syarikat Insurans Anda Segera

Langkah 5: Hantar Motosikal ke Bengkel Panel

Jika polisi anda meliputi kos pembaikan, syarikat insurans akan mengesyorkan bengkel panel mereka. Bengkel ini adalah bengkel yang dilantik dan berdaftar dengan syarikat insurans. Menggunakan bengkel panel dapat mempercepatkan proses claim kerana mereka akan menguruskan urusan  dengan pihak insurans.

Anda mungkin perlu membayar caj lebihan (excess) bergantung kepada polisi insurans.

Claim Insurans Selepas Kemalangan Hantar Motosikal ke Bengkel Panel

Langkah 6: Ketahui Jenis Claim 

Seterusnya, anda perlu tahu jenis claim yang sesuai. Kebiasaannya, terdapat dua jenis claim utama:

  1. Claim Kerosakan Sendiri (Own Damage Claim) – Jika bersalah atau tiada pihak ketiga.
  2. Claim Pihak Ketiga (Third-Party Claim) – Jika pihak lain yang penyebab kemalangan, boleh claim ganti rugi dari syarikat insurans mereka.

Jika anda tidak pasti jenis claim yang sesuai,boleh rujuk kami untuk nasihat lanjut atau rujuk artikel ini: Motor Kena Banjir: Boleh ke Claim Insurans?

Ketahui Jenis Claim Insurans

Langkah 7: Pantau Proses Tuntutan

Selepas semua dokumen dihantar, pihak insurans akan memulakan siasatan dan penilaian. Ini mungkin melibatkan:

  • Pemeriksaan motosikal oleh adjuster insurans
  • Semakan laporan polis
  • Penilaian kos pembaikan

Kebiasaannya, proses ini boleh mengambil masa beberapa hari hingga beberapa minggu, bergantung kepada situasi. Oleh itu, pastikan sentiasa berhubung dengan pihak bengkel dan syarikat insurans secara berkala.

Claim Insurans Selepas Kemalangan Pantau Proses Tuntutan

Langkah 8: Simpan Salinan Semua Dokumen

Akhir sekali, pastikan anda menyimpan semua salinan:

  • Laporan polis
  • Borang tuntutan
  • Bil perubatan
  • Resit pembaikan

Jika berlaku sebarang isu atau pertikaian, dokumen ini boleh digunakan sebagai bukti kukuh.

Simpan Salinan Semua Dokumen

Tips Tambahan: Pastikan Lesen dan Insurans Anda Aktif

Sebagai langkah berjaga-jaga, penunggang motosikal sangat terdedah kepada risiko di jalan raya. Jadi, pastikan insurans motosikal dan cukai jalan sentiasa aktif. Dengan Super Motor Company, anda boleh perbaharui insurans dengan mudah.

Jangan lupa juga, lesen memandu digital kini sudah dilancarkan. Namun, terdapat syarat tertentu yang anda perlu tahu. Baca selengkapnya di sini: Lesen Memandu Digital Sudah Lancar Tetapi Ada Syarat.

Claim Insurans Lesen dan Insurans Aktif

Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa, tetapi bersedia dengan ilmu boleh membantu mengurangkan beban emosi dan kewangan. Dengan memahami cara claim insurans selepas kemalangan, anda akan lebih yakin dan tenang untuk menguruskan situasi tersebut. Ikuti langkah-langkah di atas agar proses claim dapat dengan cepat dan lancar.